Sunday, July 26, 2009

25 Julai 2009

Kakak aku yang ketiga n her husband balik dr kulim depa la nie menetap di kulim... kami semua buat ikan bakar ramai2... dah ramai balik... depa la masuk dapur... makan ikan, ayam.. semua ada... best giler...

Tengahari abang aku n his wife pulak menyusul dari putrajaya... kami makan lunch ramai-ramai.. best sesekali dapat berkumpul semua.. cuma kecuali adik aku yang keenam tue aje tak balik dia ade kelas.... dia sambung master.... Yang paling gumbira sekali of course my mum.... di sampai tersenyum memanjang.... macam tue la yer perasaan orang tua kalau anak2 depa balik....

memang best.... sebelah malam plak... makan cucuq cempedak plak...

memang hari minggu yang indah... hahahaha,.....

24 Julai 2009

Hari jumaat....cuti hari minggu.... huhuhuhu...
bestnyer...
Ari minggu la... nak bereskan semua kerja-kerja yang dikumpulkan selama seminggu....
aku basuh baju... kemas bilik... kemas rumah... semua la kira kekadang aku memasak... sebab aku memang suka memasak.... Almaklumla memang berangan nak jadi chef terkenal...

Selepas sembahyang jumaat.... aku just stay home... malas nak kuar2 nie... lagipun tak de member hahahha.... Ari nie... kakak aku yang sulung balik kampung sebab masa hari mak menakan aku meninggal.. depa tak leh balik so weekend depa pun balik la....
bestnyer... kak aku yang sorang nie memang suka memasak... sedap plak tue... depa sampai malam... pastue kami semua menghadiri majlis tahlil.......
ramai giler orang...

24 Julai 2009

Hari nie Khamis...
seperti biasa ke sekolah rutih harian ku...
Hari nie juga masih lagi aku terasa sisa kesedihan yang membalut seluruh ahli keluarga atas pemergian ibu saudara ku...
Namun sebagai Islam kami semua harus meredhakan kepulangan nya ke sisi Pencipta sekalian alam dan Makhluk...
AL-Fatihah....

Wednesday, July 22, 2009

23 Julai 2009

Hari nie sambutan hari lahir kakak ku yang nombor 3 yang ke 29 tahun huhuhu dah tua....

Pagi nie hujan lebat sangat-sangat seolah-olah menangisi pemergian ibu saudaraku semalam... Namun kami semua tetap redha dengan kehendak Ilahi... Hari nie dia dijemput mungkin esok lusa kita pula.... iapa tahu kan... Wallahualam.....
So bersedia la semua wahai manusia.....

Ari ni8e nak p servis kereta pastue pegi sekolah seperti biasa.....

22 Julai 2009

Hari yang amat menyedihkan bagi seluruh keluarga Haji Ishak dan hajjah Wan Aisyah.. Kami kehilangan Ibu Saudara yang memang rapat dengan kami... Mak Tam Pah.... Dia tidak mempunyai sebarang penyakit... namun Tuhan lebih menyayanginya.... Allah menjemputnya terlebih dahulu sebelum kami.... namun kita semua dapat menjadikan kematian beliau sebagai pengajaran yang Malaikat Maut datang menjemput kita bukan hanya pada usia tua... dan bukan hanya pada orang yang sakit.....

Selamat disemadikan pada jam 10 malam semalam.....

21 Julai 2009

Ari nie aku MC... Pening kepala... nak p sekolah pun tak leh... takut gak jadi apa2 kat sekolah nanti....

20 Julai 2009

Cuti umum bagi negeri Kedah sempena menyambut Isra' Mikraj...
Alhamdulillah... Selepas penat menjayakan Hari Anugerah cemerlang.... Kami semua bercuti rehat la konon.... Tetiba aku demam hari nie... dugaan sungguh.....
huhhuhuhuhu

Sunday, July 19, 2009

My New Sweet Heart 29th Of June 2009




MY NEW HONDA CITY 1.5 I-VITEC S ALABASTER SILVER... KCM 393...

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009



Alhamdulillah... semua berjalan lancar.... Raja Muda Berkenan mencemar duli untuk menyampaikan hadiah pada hari anugerah ini.... bestnyer siap dapat salam ngan Raja Muda lagi... Almaklumlah... bersalaman dengan Raja... Diriku hanya insan hina.. huhuhuh...

Yang paling best persembahan ICT kami yang pertama kali diwujudkan di Hari Anugerah Cemerlang sekolah ini berjalan lancar dan mendapat pujian dari semua pihak.... best giler... Tak la hebat sangat tetapi nampak la grand skit Hari Anugerah Cemerlang Tahun nie.....

Rentetan Seminggu

Punya la kalut ampai tak sempat nak online n buat catitan kat sini....
minggu nie memang yang paling kalut sekali dengan membuat persiapan untuk Hari Anugerah cemerlang sekolah....
ALhamdulillah... keja aku semua ok dan dapat pujian... hehehehe...

Friday, July 10, 2009

KENANGAN...2007


Tetiba Teringat Kenang Family Pergi Family Trip Dec 2007

10 & 11 Julai 2009

Hari Jumaat dan Sabtue...

Holiday Time.... lama nye tak leh cuti dua ari... before dis asyik ganti sekolah dan kursus guru-guru... penat gak....
so cuti nie... KITA ENJOY!!!!

09 Julai 2009

Ari nie... aku kena settlekan masalah pelajar...
Masa kelas aku semalam... masa aku tengah ngajar.. ada budak yang main alat pemadam api yang bomba punya....
aku dah cuak... bukan apa takut gak pengetua kata aku tak pandai control kelas...penat nie....
at last dapat gak.. budak tue memang selalu make a trouble... rasa macam nak menyepak je dia.. tapi aku nie terlalu sayangkan budak....

lastly aku antar ke guru disiplin... depa settle kan.... senang citer....

Ari nie... cikgu-cikgu buat jamuan untuk meraikan tamatnya guru-guru praktikum dari UUM... depa dah abis 2 bulan kot... seronoknyer diorg... almaklumlah guru tetap dan terlatih lagi...

Tetiba terfikir... "SIAPALAH DIRIKU INI"

08 Julai 2009

Hehehe... sory agak lambat masuk post....
Ari Rabu... seperti biasa tak kalut sgt waktu petang nie.... cuma letih aje la...
ari rabu aku ngajar 4 masa je.... kelas tingkatan 2... dalam makmal komputer...
minggu buat tajuk Microsoft Power point.... huhuhuh.. penat gak ngajar budak-budak yang tak pernah guna perisian ni... tapi itu la tugas guru...

masa awal-awal datang ke sekolah aku settlekan semua keja membuat kad jemputan untuk Hari anugerah cemerlang... Alhamdulillah siap dengn jaya nya... Lepas satu beban... hehehee

Waktu penat nye aku rest je la... kelas dah abis.... kad jemputan dah siap... buku rekod pengajaran dan siap....

Rileks......

Tuesday, July 7, 2009

07 Julai 2009



Hari nie selasa.... seperti biasa masih lagi hari persekolah... Giliran pagi... Aku ngajar 2 sesi 3 hari pagi iaitu ahad, Isnin dan juga selasa.... 2 hari lagi iaitu rabu dan ahad aku kena ngajar sesi petang.... Alhamdulillah... Every things is okay...

Masa satu dan dua aku ada kelas.... Kelas ngajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.. Kelas nie okay cuma kekadang tue biasa la budak2... diorang tak tau nak hormat cikgu... Tapi may sebab aku nie lelaki... Pelajar takut skit...

Selepas abis ngajar... aku pergi makan.. lapar siot... makan kat kantin.. ok la... tak la best sangat but ok lah daripada tak da... hahahaha... Pastue ubah kereta ke tempat yang lebih selamat hehe....

Selepas waktu rehat, aku ada kelas lagi dua masa gak... Sivik gak.. Memang sungguh bersivik aku nie hahaha.... Setelah selesai kelas... aku mula sibuk menyiapkan Kad Jemputan untuk Hai Anugerah cemerlang.... Alhamdulillah... Aku berjaya siapkan sebanyak 80%... Buat seorang2 tue... wah bangga siot... Tapi bukan aku ketua... Almaklumlah... ketua kami banyak keja... tambahan wife dia baru bersalin....

Lewat gak balik.. pukul 3 ptg baru balik umah... begitu catatan hari ku di tempat keja heheheh.... jumpa lagi...

Monday, July 6, 2009

My Favourite Performance From Siti Nurhaliza

06 Julai 2009

Seperti biasa... sekolah, sekolah, sekolah dan sekolah..
Begitu lah kehidupan seorang guru.. But I am love it so much...

Ari nie... aku kelas 2 masa je... dapat relief dua masa gak... jadi 4 masa.. hahahah...
walaupun rileks... arini kalut giler siapkan kad jemputan untuk Hari anugerah cemerlang sekolah aku..... banyak gak kena buat nak jemput VIP sampai lebih kurang 60 orang.. waris pulak lebih 100 orang dijemput...

punya la kalut sampai tak sempat makan... wow boleh diet nie... hehehe....

Saturday, July 4, 2009

05 Julai 2009

hari nie ari ahad.... Huh.. letih dah la semalam ada kursus dalaman.. Penat gak jadi cikgu la nie no... but aku enjoy sebab aku nie jenis manusia yang suke mengkalutkan diri sendiri....

Bangun pukul 6.00 pagi.... bertolak ke sekolah pukul 6.55 pagi... dengan my New Honda City heheheh.. POWER!!!!... huhuhu. Sampai je sekolah terus ke tapak perhimpunan... Biasa la ari ahad kan selalu ada perhimpunan rasmi... Sejak dulu hingga sekarang.

Perhimpunan pagi nie ada istiadat pelancaran Bulan Bahasa... Siap ada perarakan Guru0guru bahasa lagi... Wah Gempak Siot.... Memang Meletups... hahaha... Pastue siap ada persembahan guru dan pelajar lagi... Pengetua Tak dapat Hadir ke Sekolah ari nie.. Mungkin ada hal lain yang lebih penting...

Habis perhimpunan.. Aku terus ke kelas... Yang aku sgt tak suka... Kelas 3 Perdana. Budak-budak almaklumlah... Kelas akhir sekali... Tapi enjoy... Itu cabaran aku sebagai seorang guru... hehehe Ayat skema....

Sekarang nie aku free... nak habiskan keja2 yang tak siap lagi.... hhuhhuhuhu... jumpa lagi... daaaaaa

New Face of MAKKAH on 2020



Cantiknyer.... Mesti lagi besar dan mudah untuk ke Masjidil Haram....

KONSERT SATU - Siti Nurhaliza... Penyanyi Pujaan Hatiku...





Daripada - Akhbar Kosmo


HUJUNG minggu lepas, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dengan penuh pesona muncul membuat persembahan di pentas Istana Budaya menerusi Konsert Eksklusif Satu.

Pada malam konsert Siti tersebut, menerusi pengamatan Kosmo! ramai selebriti seperti Ning Baizura, Ifa Raziah, Fazli Zainal, Rossa, Ning Baizura serta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Keseluruhan artis yang datang kelihatan larut dalam pesona Siti di Istana Budaya dan tidak habis-habis memuji.

Ning Baizura yang turut ditemani suaminya, Omar Sharif Christopher pada malam terakhir konsert Siti merasakan konsert tersebut telah berjaya menampilkan keunggulan Siti sebagai seorang penyanyi profesional.

"Dari segi muzik dan persembahannya, kita boleh nampak yang dia keluarkan segala yang ada pada dirinya habis-habisan dan konsert itu begitu menyerlahkan keunggulan Siti.

"Bagi saya, dia adalah yang terbaik dalam arenanya. Sebab muzik dan irama insan yang bernama Siti Nurhaliza dapat penyatuan dalam satu malam.

"Apa yang saya lihat, tiada kecacatan yang dilakukannya. Pandangan saya sebagai seorang penghibur juga, boleh dikatakan kumpulan di sebalik tabir juga melakukan kerja yang keras dan pujian juga harus diberikan kepada mereka.

Namun, realistik dengan segala kelemahan yang tidak mampu lari daripada diri setiap yang bernama manusia, Ning turut mengakui konsert Siti tersebut tidak dapat lari dari aspek kekurangan.

"Memanglah, kalau nak dibandingkan dengan artis luar negara, memang ada beberapa kekurangan, tetapi semua itu bergantung kepada bajet. Saya rasa, dengan bajet yang ada untuk konsert ini, Siti telah melakukan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi seberang yang turun ke Malaysia untuk konsert mininya Sabtu lalu, Rossa juga tidak ketinggalan meluangkan masanya untuk menyaksikan konsert teman baiknya itu.

Menurut Rossa, konsert Siti pada kali ini tampil lebih unik dan santai. "Saya kagum dengan Siti. Bagi saya, susah untuk penyanyi lain bersaing dengannya. Jurang perbezaan Siti dan artis-artis lain sangat jauh. Bila melihat semangatnya pada konsert ini membuatkan saya juga bersemangat untuk mengadakan konsert di sini, di Istana Budaya ini," tuturnya.

Dalam pada ramai dari kalangan selebriti tersebut memuji persembahan konsert Siti itu, pandangan yang diberikan penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah agak berlainan.


Menurut Ifa yang juga seorang penyanyi, konsert Siti kali ini dianggap sebagai biasa-biasa sahaja. Tidak menafikan kehebatan vokal penyanyi jelita itu, menurut Ifa, konsert tersebut seperti kurang menyengat.

"Bukan mahu mengkritik, tetapi sepanjang saya menyaksikan konsert-konsert lain, ada konsert yang lebih bagus daripada konsert (Siti) ini. Bagaimanapun, ia masih dalam kategori sebagai okey, tetapi bukan yang paling bagus.

"Saya pernah menonton konsert yang lebih hebat daripada Siti seperti Mariah Carey, Shah Rukh Khan, Celine Dion serta artis-artis Indonesia. Kalau dibandingkan dengan konsert tempatan pula, konsert Siti ini masih tidak boleh menandingi konsert Anita Sarawak dan Allahyarham Sudirman."

Namun, Ifa melihat Siti sebagai penyanyi nombor satu dari segi vokal. "Kalau dari segi kekuatan vokal, Siti adalah yang terhebat. Cuma Siti pada konsert tersebut kurang berkomunikasi dengan penonton dan penyusunan lagu juga kurang menarik, membuatkan klimaks pada konsertnya kurang.

"Selain itu, banyak lagu popular dinyanyi secara medley. Sepatutnya lagu-lagu yang kurang popular yang dimedleykan dan orang dapat menghayati lebih jika lagu popular dinyanyi secara penuh," ujarnya.

Tukar kostum pada saat akhir

Menonton Konsert Eksklusif Satu yang diadakan tiga hari berturut-turut tampak seperti mudah untuk dilaksanakan. Kosmo! berpeluang menikmati konsert tersebut pada malam kedua ia berlangsung.

Apalagi duduk di kerusi penonton, segalanya nampak teratur dan indah dengan pelbagai persalinan anggun yang tersarung ditubuh penyanyi jelita ini.

Namun, pasti ramai yang tidak tahu sebalik kejayaan konsert tersebut sebenarnya keadaan agak 'huru-hara' di sebalik tabirnya. Bagaimanapun segala hura-hara tersebut berjaya diatasi sehingga tiada cacat cela yang berlaku pada tiga malam konsert itu berlangsung.

Seperti umum mengetahui, persalinan mewah Siti yang digayakan pada malam itu direka khas oleh Rizman Ruzaini, Micheal Ong dan Amir Luqman.

Namun, pada konsert malam pertama, salah satu rekaan mereka terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaian dengan konsep konsert penyanyi tersebut.

Label tempatan yang kian mendapat tempat dalam arena fesyen tempatan, Rizman Ruzaini Creation diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sepasang lagi persalinan untuk konsert keduanya dan perlu disiapkan dalam masa sehari.

"Pada hari pertama konsert, ada sepasang baju yang kurang sesuai dan Siti memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan persalinan baru dalam masa sehari untuk digunakan pada konsert malam kedua dan ketiga.

"Tapi kalau nak ikutkan, tak adalah sampai sehari, sebab selepas konsert itu, kami berbincang sehingga pukul 1 pagi. Memandangkan kedai kain sudahpun ditutup, kami membeli kain pada keesokan harinya pada pukul 10 pagi dan baju itu siap pada pukul 5 petang. Kami perlu menghantar baju itu sebelum pukul 7 petang.

"Memang kelam-kabut sikit dibuatnya. Jangan ingat Siti cerewet pula, sebab semua ini daripada arahan pengarah konsert itu sendiri untuk memastikan konsert berjalan dengan sempurna.

"Bagaimanapun, baju yang kami hasilkan terpaksa dibuat sekali lagi kerana pada malam kedua, warna baju itu (coklat) tidak sesuai dengan kulit Siti. Dan macam biasa, kami akan bekerja keras untuk menyiapkan sepasang lagi persalinan untuk konsert terakhir dengan menggunakan kain berwarna hitam pula, bagi digunakan untuk konsert malam ketiga," jelas salah seorang pereka Rizman Ruzaini Creation, Rizman Nordin.

Biarpun sedikit tertekan ketika menyiapkan persalinan penyanyi itu, namun pihak Rizman Ruzaini Creation begitu gembira kerana diberi kepercayaan oleh Siti serta krew produksi yang lain.

Stamina, kesungguhan Siti

Sementara bagi pengarah muzik konsert, Aubrey Suwito, dia agak hairan melihat stamina Siti yang agak energetik pada ketiga-tiga malam konsert berkenaan berbanding latihan sebelum ini.

Aubrey menganggap Siti begitu komited dengan kerjanya sehinggakan pada satu masa, Siti nampak keletihan dan staminanya menurun.

"Pada awal latihan, stamina Siti tidak kuat kerana maklumlah, sekarang ini dia jarang menyanyi berbanding dulu. Tak sangka pula, staminanya begitu luar biasa pada ketiga-tiga malam konsert, lebih-lebih lagi pada hari yang terakhir.

"Apa yang saya lihat, Siti terlampau bekerja keras untuk menjayakan konsertnya. Sepanjang latihan, memang ada beberapa kekurangan memandangkan hampir kesemua lagu-lagunya disusun semula," kata Aubrey yang turut kagum dengan kreativiti Siti dalam mengarah muzik pada segmen lagu rancaknya.

Dalam pada itu, pengarah konsert, Pat Ibrahim turut memuji kesungguhan Siti sepanjang latihan konsertnya itu.

Bagi Pat, dengan dengan hasil konsert yang ditunjukkan, Siti layak diberi lima bintang kerana terlalu komited dengan kerjanya.

"Siti seorang yang sangat profesional dan langsung tidak menunjuk diri seorang yang berlagak 'diva'. Dia bergaul dengan semua krew produksi termasuklah penari-penarinya.

"Seperti semua orang tahu, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert ini. Seminggu lagi nak dekat konsert, baru nampak latihan Siti yang lebih sempurna. Tapi risau juga, bila terlalu berkerja keras, ada satu masa Siti nampak lesu dan keletihan, sampaikan saya tanya dia nak rehat atau tidak. Tapi dia tetap mahu meneruskan latihan.

"Dia memang mempunyai magis yang tersendiri kerana saya yakin penonton dapat merasakan luahan perasaan melalui nyanyian yang dipersembahkan Siti," ujar Pat.

Beritahu Pat lagi, semua krew begitu menyayangi Siti yang begitu merendah diri. Ditambah pula Siti tidak lokek untuk membelanjakan wangnya membeli makanan kepada krew produksi hampir setiap hari.

Diserang ulser

Siapa yang menyangka, sejurus menjelangnya hari konsert, penyakit yang paling digeruni oleh setiap penyanyi iaitu penyakit ulser hadir tanpa diundang.

Siti tidak terkecuali apabila dia sendiri mengalaminya seminggu sebelum tarikh konsertnya itu. Kerisauan Siti bertambah bila penyakitnya itu masih lagi belum sembuh biarpun konsertnya tinggal tiga hari sahaja lagi.

"Sebulan sebelum konsert, saya memang dah tak minum ais dan banyakkan senaman di gim. Tapi tak sangka pula penyakit ulser pula datang.

"Cepat-cepat saya makan ubat dan jaga suara sebaik-baik yang mungkin supaya suara tak pecah. Alhamdullillah, walaupun ulser itu belum hilang sepenuhnya, saya masih lagi boleh menyanyi," ujar Siti.

PADA malam terakhir persembahan, Siti menggayakan busana hitam ini menggantikan busana coklat yang sudah digunakan pada malam kedua konsert.

Membicarakan mengenai konsertnya itu yang mana dia mengalunkan lebih 30 buah lagu, dengan hampir kesemua lagu tersebut dipetik daripada album yang pernah dihasilkan.

Selain memaparkan grafik dan props yang unik, Siti menterjemahkan segala suka dukanya sepanjang bergelar anak seni menerusi lagu-lagu tanpa perbualan yang banyak bersama penonton.

"Saya biarkan penonton merasai apa yang saya rasai, sengaja menggerakkan mood serta emosi mereka dan saya rasa ia berjaya walaupun ada beberapa kesilapan kecil sepanjang konsert ini diadakan.

"Ada satu tahap, persembahan saya lebih tegas kerana mahu menggambarkan kekuatan diri dalam menempuh dugaan yang dilalui," katanya yang turut 'menceritakan' saat bahagianya bersama suami tercinta menerusi lagu Cahaya Cinta, Dialah Dihati dan Biarlah Rahsia.

Michael Jackson mati bukan kerana dibunuh


Hasil bedah siasat kedua penyanyi sahkan keputusan awal

LOS ANGELES: Keluarga penghibur terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson dilaporkan terkejut dengan keputusan bedah siasat persendirian yang dituntut mereka selepas pejabat penyiasat Los Angeles melaporkan tiada perbuatan khianat.

Dalam perkembangan berkaitan, keluarga Jackson dilaporkan berhasrat mengebumikan penyanyi itu di kediaman 'Neverland'.

Keputusan bedah siasat kedua itu mengesahkan laporan bedah siasat pertama, Isnin lalu, lapor tabloid Britain, The Sun, semalam.

Berita berkenaan dimaklumkan kepada ibu Jackson, Katherine di rumahnya oleh penyiasat yang menjalankan pemeriksaan persendirian itu.

Peguam keluarga, Brian Oxman, berkata penemuan itu adalah sama dan badan bintang berkenaan dipenuhi sejumlah parut dan kecederaan.

"Bedah siasat kedua dilakukan dan penyiasat berjumpa Katherine, semalam. Sebarang laporan bedah siasat akan mencatat adanya beberapa tanda kecederaan unik pada badan Michael Jackson.

"Pertama adalah kesan empat suntikan jarum pada dadanya. Saya melihat tanda berkenaan pada dadanya, saya melihat mayatnya jadi saya tahu ia di situ.

"Beratnya, kita tahu beliau amat kurus. Mengenai bahagian tertentu kepalanya yang botak, Michael mempunyai tampalan pada bahagian tepi kepala. Saya tahu abang beliau yang hanya enam tahun lebih tua juga mempunyai keadaan itu akibat kehilangan rambut dan perlu mewarnakannya.

"Mengenai pil yang ditemui dalam perut beliau, kita tahu beliau mengambil terlalu banyak ubat mengikut arahan doktor. Ia tidak dapat dinafikan."

The Sun juga mendedahkan, penyanyi itu hanya tinggal rangka ketika mati kerana tidak makan dan perutnya dipenuhi pil.

Bahagian pinggul, paha dan bahunya dipenuhi dengan suntikan jarum dipercayai kesan suntikan ubat tahan sakit. Ia juga menunjukkan beliau kehilangan rambut dan kulit kepalanya jelas kelihatan.

FROM - Berita Harian

KELEBIHAN BULAN REJAB


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

My way back....







Sedihnya.... Tinggal Bumi yang tenang.. dan sesiapa yang bertandang kesana sememangnya hanya untuk beribadat... MasyaAllah...hebat sungguh ketenangan yang aku dapat di sana.... Sebelum ke Jeddah kami singgah sebentar di Masjid terapung... tak ingat Namanya... cantik sangat... Sememangnya kenang dan pengalaman aku mengerjakan umrah ini tidak dapat dilupakan.. dan sememangnya perasaan dan suasana berkunjung ke sini dengan melawat ke tempat lain totally different... tak tahu perasaan yang sangat2 tenang dan syahdu... Setiap amalanku di permudahkan... Boleh dikatakan setiap kan selelsai solat fardhu... aku berkesempatan menunaikan solat hajat di Hijir Ismail.... Alhamdulillah.... Cuma HajarulAswad tidak dapat dikucup haya dapat menyentuhnya... alhamdulillah... It is okay... aku berazam tahun depan nak kesana lagi.... hehehe... InsyaAllah....

Dari Jeddah ke singapore Kembali ke penang dan akhir sekali KEDAH DARUL AMAN...... Back to my normal life....

More Pictures





Makkah Al-Mukarramah




My Journey To Makkah Al-Mukarramah

30 May 2009
Bertolak ke Makkah.. Reached at Makkah at 10.00 p.m.. Check in Hotel.. Taj Royal Hotel... dekat je ngan Masjidil Haram... Masuk melalui pintu no 72.. Baabul Umrah. Perasaan??? Tak usah di tanya... susah di gambarkan... masa first time nampak kaabah... tetiba air mata ku mengalir... sedih ada... gembira ada.... terkejut ada... takut ada... Sebenarnya ari tue.. aku tak bape sihat... but bila nampak je kaabah... tetiba je rasa macam hilang semuanya demam... hanya tinggal batuk je... Alhamdulillah.... Ya Allah.... Kau permudahkan perjalanan ku... Syukur. Kami buat umrah yang pertama malam tue.. selesai pukul 12.00 tgh malam....

31 May 2009
Rehat... aku, mak dan adik tak buat umrah ari nie... kami just stay di hotel n sembahyang jemaah di Masjidil Haram...( Sapa2 datang sini rugi kalau tak buat jemaah di Masjid...) cuma di sebelah petang je... kitaorang jalan2 membeli-belah skit.... Keadaan kat hotel kami tue.. berdebu skit sebab ada kerja meruntuhkan hotel... Diorang nak bina lain kota Makkah nie.... Kami lihat sendiri cara mereka meruntuhkan bangunan... Wow!!!!! pengalaman yang best for me... hehehe

01 June 2009
Kami buat Umrah hari nie... Selepas subuh... Kami naik van ke Taneem untuk niat Ihram.. Pastue start buat umrah pukul 6.30 pagi... kat sana subuh awal pukul 4.30 pagi... Dalam umrah nie yang paling best waktu Saei... kena berjalan dan berlari.... waktu Tawaf best gak sebab tidak terasa penat langsung.... cuma tawaf agak sesak.... memang best dulu aku dengar orang citer... memang nampak penat... bila buat aku suka sangat... rasa fresh.... kami selesai Umrah yang ke dua ni pukul 9.30 pagi....

02 June 2009
Kami tidak mengerjakan Umrah hari nie... sebab ari ni aktiviti ziarah... Kami menaiki bas...ke Jabal Thur, kemudian ke Jabal Rahmah... (tempat berdoa untuk cepatkan Jodoh... ehem ehem). Pastue kami melawat kawasan padang Arafah dan Mina, tempat jemaah haji berkumpul.... selepas itu kami melawat Jabal Nur dan akhir sekali melawat sekitar Bandar Makkah ini.. Sebelah petang nyer selepas solat Maghrib kami mengerja umrah yang ke tiga.... selesai pukul 11.30 malam...

03 June 2009
Ari nie kami Off umrah jap... hehehe SHOPPING!!!!!.... tapi sembahyang fardhu tetaplah jemaah.... kat sini rasa seronok sangat sembahyang jemaah....

04 June 2009
Kami mengerjakan Umrah yang ke empat... Selepas Solat Asar juga... Selesai sebelum Maghrib...

05 June 2009
Pada hari ini kami mengerjakan Umrah ke lima selepas Asar juga..... selesai sebelum maghrib.. Tapi kami stay di Masjid..hingga ke Isyak... Orang malam tue... terlalu ramai... dan seolah macam haji... sebab di Makkah Jumaat cuti... Semua orang Arab yang jauh... balik untuk mengerjakan Umrah.... Rasa nikmat sangat malam tue... Tetiba terfikir... Kat Malaysia akan terjadi kah Sebegitu?????

06 June 2009
Umrah Ke enam.... kami buat umrah selepas Subuh.... dan sebelah petangnya SHOPPING!!!!!!! hehehe

07 June 2009
Umrah Ke tujuh... Kami buat selepas solat Asar.... selepas Isyak aku, mak dan adik mengerjakan Tawaf Sunat... Tetiba Hati aku tersentuh.... sebab rasa dah tak lama berada disini.... aku Berdoa agar aku dijemput lagi tahun depan.... InsyaAllah.. Amin.....

08 June 2009
Tawaf Wida' selesai pukul 8.30 pagi.... bertolak ke Jeddah Jam 11.00 pagi.... Sampai Jeddah pukul 7.00 malam... Naik Flight pukul 8.30 Malam Singapor Airlines..... Bye Bye Makkah and Madinah.... Wait for me i will go there next year.... hehehehe

My Journey...





28 May 2009
Still at Madinah

29 May 2009
Doing Ziarah... we visited Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Kurma, dan pusing-pusing melihat pemandangan dan suasana bandar di madinah... Memang best... Mereka di Madinah sememangnya menghormati Hari Jumaat, Semua kedia boleh dikatakan tutup bagi menghormati hari jumaat. Mungkin Sama ngan kedah hari jumaat hari minggu.... Kemudian balik ke hotel untuk siap-siap ke sembahyang jumaat....

Waktu nak sembahyang Jumaat.. Masya Allah... umpama pesta di Masjid Nabawi.... punya la ramai orang. Almaklumlah cuti..

Selepas sembahyang jumaat, sebelah petangnya.. biasa la... aktiviti melontar riyal la... membeli-belah..

30 May 2009
Hari terakhir di Madinah Al Munawarrah.. Kami buat ziarah Wida'... Sedih giller nak tinggalkan Madinah.... Aku Rasa tenang sangat kat Madinah... Pukul 1.00 ptg kami bertolak menuju ke Makkah... Dengan pakaian Ihram... untuk niat Umrah di Bir A'li.. salah satu tempat untuk niat Umrah..