Saturday, January 22, 2011

Thursday, January 20, 2011

[ Suasana Malam Di Alor Setar ]

Balai Nobat Kedah

Menara Alor Setar

Hiasan Lampu Seperti Di I City Shah Alam

Pintu Gerbang Ke Galeri Sultan Abdul Halim

Batu Tanda Mahkamah Tinggi Alor Setar

Suasana Malam Di Hadapan Menara Alor Setar

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah
:: Dirgahayu Tuanku ::

: : : Source ~ Kurt Ammet : : :

[ Selsema ]

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng’klik’ di sini).

Tanda

Rawatan

Sakit tekak Ambil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.
Hidung berair / bersin / gatal Ambil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.
Hidung tersumbat Anda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif).

Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

Batuk Ambil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.
Kahak Ambil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.
Demam Ambil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan

Beberapa langkah boleh anda lakukan untuk mengawal dan mencegah selsema :

  • Selalu basuh tangan anda. Ini kerana virus selsema boleh membiak melalui sentuhan.
  • Jauhkan dari orang yang kena selsema, terutamanya bila dia batuk atau bersin.
  • Jauhkan diri dari tempat yang sesak.
  • Orang yang mempunyai sistem imune (immune system) yang kuat, kurang dijangkiti selsema. Sila lihat di bawah.

Pemakanan yang baik untuk diambil semasa selsema, atau untuk menguatkan immune system anda ialah :

  • vitamin C 1,000mg sehingga 3,000mg sehari.
  • vitamin A. Dos yang tinggi sehingga 50,000 iu boleh diambil tetapi tidak boleh diambil untuk jangkamasa panjang. Untuk jangkamasa panjang, ambil beta-carotene. Beta-carotene akan ditukar kepada vitamin A bila badan anda memerlukannya dan ia tidak merbahaya sekiranya melebihi dos.
  • B6 dan B kompleks.
  • zinc dan zat besi (iron).
  • herba echinacea.
  • bawang putih (garlic).
  • fatty acid seperti yang terdapat dalam cod liver oil.
  • cider vineger.

Anda harus mengurangkan pengambilan :

  • susu atau makanan dairy yang lain
  • pisang
  • gula
  • kafein

Bayi dan kanak-kanak

Immune system bayi dan kanak-kanak agak lemah berbanding orang dewasa. Oleh itu mereka lebih kerap mendapat selsema.

Sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami hidung tersumbat, anda boleh cuba menyedutnya keluar menggunakan alat nasal aspirator yang dijual di farmasi. Sekiranya hingusnya agak pekat, cairkannya menggunakan air suam yang dicampur sedikit garam.

Bayi yang lebih kecil hendaklah ditidurkan meniarap. Ini membolehkan pengaliran hingus yang lebih baik.

Akibat-akibat lain dari selsema

Selsema yang agak lama boleh menyebabkan kesan-kesan yang agak serius. Antara penyakit yang boleh dihidapi ialah bronchitis, layngitis, otitis media (berlaku jangkitan dalam telinga), sinusitis. Selalunya terdapat jangkitan kuman (bakteria), dan ini memerlukan pengambilan anti-biotik. Selain daripada itu, pesakit asma mungkin akan merasa lebih teruk.

Sila dapatkan rawatan lanjut sekiranya :

  • anda mengalami kesukaran bernafas.
  • demam yang kuat dan melebihi daripada seminggu.
  • sakit telinga.
  • sakit kepala yang kuat.
  • lymph nodes (contohnya di bahagian leher) membengkak.

Flu

Selsema adalah berbeza daripada influenza (flu). Flu adalah lebih merbahaya dan cara rawatannya adalah berlainan. Di samping rawatan, anda juga boleh mendapatkan imunisasi terhadap flu.

Sakit kepala dan badan yang lebih kuat dan batuk yang lebih teruk mungkin tanda-tanda flu. Tanda-tanda seperti hidung berair, hidung tersumbat dan sakit tekak lebih jarang terjadi jika dijangkiti flu berbanding selsema. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda membuat rawatan lanjut sekiranya anda mengsyaki anda dijangkiti flu.

: : : Source ~ Intro2u : : :

[ Sakit Tekak ]

Pengenalan

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.

Agen Penyebab

Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.

Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:

  • Hingus meleleh

  • Gatal dan sakit tekak

  • Batuk

  • Rasa sesak

  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan

  • Kerap bersin

  • Mata berair.

  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi

  • Kepenatan


  • Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
  • Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)

  • Gejala
    Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

    Tanda
    Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.

    Komplikasi

    Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.

    Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.

    Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.

    Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.

    Rawatan

      Perawatan sakit tekak termasuklah:

      Rawatan berdasarkan gejala.

      Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.

      1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

      2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.

      3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

      4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

      Terapi Antibiotik

      Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.

      Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.

      Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy

      Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.

      Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.


      : : : Source ~ Portal MyHEALTH : : :

    Wednesday, January 19, 2011

    [ Sakit Tekak dan Selsema ]

    Huhuhu ... Tak Pasal2 duit melayang ari nie sebab sakit tekak dan selsema ... Aduh Penat gak sakit tekak nie rasa cam tak leh nak duduk ... Baru satu malam tidur pakai air-cond terus demam nampak sangat la aku nie tak leh pakai air-cond ... hahaha ...

    [ Siti Nurhaliza - Persembahan AJL 25 ]



    :: Balqis ... Nirmala ... Cindai ::
    :: Source ~ Youtube ::

    [ Delima dan Markisa - Cerahkan Kulit ]


    Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, BUAH DELIMA telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.

    Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.

    Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat.

    Anti oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas.

    Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.

    Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

    Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).

    Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.

    Sementara itu, BUAH MARKISA mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

    Pengurus Pemasaran Sothys, Joanne Teo berkata, pada masa ini pengguna mahukan rawatan mencerah yang memberikan kesan serta-merta namun selamat, berbaloi dengan harga yang dibayar, tidak mendatangkan kemudaratan dan boleh dilakukan sekerap mungkin bergantung kepada keperluan kulit.

    : : : Source - Utusan Malaysia Online : : :

    Tuesday, January 18, 2011

    ... 4 Golongan Lelaki Ke Neraka ...

    Pertama:- 'Ayahnya'

    Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.

    Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


    Kedua:- 'Suaminya'

    Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

    Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


    Ketiga:- 'Abang-abangnya'

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya..

    jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


    Keempat:-' Anak Lelakinya'

    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,

    maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

    : : : Source - Internet : : :

    ... Berat Tanggungjawab Seorang Lelaki. Sama-sama lah kita Menjaga Amanah Yang Telah Dipertanggungjawabkan Kepada Kita ...

    I'm Back ....

    Helluuuuu ... dah lama tak pernah mencoretkan sesuatu kat blog Addyien World nie ... Last Julai 2010 ... Almaklumlah sibuk terlampau ... banyak yang telah Berlaku dalam Hidup Sepanjang tempoh penyepian ini ... huhuhu ...

    Perkara Pertama : Dapat Anak Saudara Ketiga Bagi Tahun 2010 . Pada 13.12.2010 lalu .. dapat baby boy anak kepada kakak sulung ... Di beri nama Rais Sidqi bin Roshidan. Dilahirkan secara Pembedahan, berat 4.02 KG !!!! .... Berakhirnya Suatu penantian selama 3 tahun mereka ... Alhamdulillah ... La Nie dah Sebulan Lebih dah Usia Dia ... Dah Mula Senyum dan bertindakbalas dengan Sekeliling ....
    Perkara Kedua : Baru menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-27 ... OMG !!!! dah tua aku nie ... huhuhu ... anyway thanks to all my frens yang wish my besday either through FB or anythings ... Harapan aku tahun nie agar dikurniakan Pekerjaan yang tetap dan tidak perlu memikirkan hal-hal nak cari kerja ....

    Tanda-Tanda Penyakit ..

    Tekanan Darah Tinggi

    Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
    Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
    Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu.
    Sukar tidur malam.Mata merah sebam.
    Sering sakit kepala. Leher rasa tegang.
    Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
    Sakit kepala (berlaku selama 2 – 10 hari).

    Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
    Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Tidur secukupnya . Makan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan sebagainya. Kurangkan beret badan dan banyakan senaman.

    Tekanan Darah Rendah
    Kaki dan tangan sejuk.
    Pening bila bangun cepat.
    Cepat letih.
    Muka pucat.
    Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
    Tegang leher bawah.
    Kepala pening memusing.

    Minum air secukupnya. Makan makanan berkhasiat dan bergaram. Jangan bekerja keras.
    Kawal perasaan supaya tenang.

    Buasir
    Berak berdarah.
    Dubur berasa sakit di bahagian luar atau dalam.
    Dubur terasa gatal-gatal.

    Minum jus aleo vera. Kurangkan makanan pedas dan berasid.
    Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan berserat tinggi (gentian). elakkan mengalami sembelit.Jangan mengangkat barang-barang yang berat. Tidak meneran ketika membuang air besar.

    Kencing Manis
    Kerap buang air kecil.
    Sering rasa dahaga.
    Badan berasa lemah.
    Mudah letih.
    Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
    Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
    Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
    Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.

    Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Makan dalam jumlah yang sedikit. Banyakan senaman ringan. Minum air rebusan Hempedu bumi.

    Sakit Puan
    Keluar cairan putih (penyakit keputihan)
    Haid tidak normal dan berasa sakit.
    Cairan putih keluar semakin banyak.
    Haid tidak stabil.

    Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml).
    Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas.
    Tenangkan perasaan.

    Sakit Sendi, Sengal, Pirai
    Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
    Luka lama di sendi berasa sakit.
    Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
    Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.

    Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

    Reumatisme
    Berasa sakit sebelum hujan.
    Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
    Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .

    Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

    Sakit Jantung
    Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
    Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
    Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
    Sesak nafas
    Rasa sakit di dada
    Kebas di lengan atas tangan kiri.

    Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak.
    Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal.
    Dapatkan nasihat doktor

    Lumpuh
    Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
    Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
    Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan
    Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
    Sakit dan pening kepala.
    Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,

    Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan “stroke”

    Ulser Gaster
    Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut.
    Tekak rasa pahit ketika sendawa.
    Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
    Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.

    Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
    Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
    Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

    Barah
    Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
    Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
    Ketumbuhan (tumor) yang keras.
    Keluar darah dan nanah.
    Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

    Makan banyak sayur-sayuran.
    Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
    Kurangkan memakan daging merah.
    Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

    Asma, Penat / Lelah
    Pernafasan tidak lancar.
    Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
    Batuk terutamanya waktu pagi
    Bertambah tenat selama 2 – 3 hari.
    Kadangkala muntah. Keluar kahak.

    Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk.
    Jangan kerja keras.

    Batu Karang
    Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
    Bertambah sakit. Air kencing berkapur.
    Kencing berdarah.

    Jangan menahan kencing.Kurangkan makanan berkalsium. Meminum air teh daun misai kucing

    Jerawat
    Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
    Biji-biji di muka mengandungi nanah

    Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
    Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.

    Sakit Buah Pinggang (ginjal)
    Seluruh badan terasa letih. Muka pucat sebam.
    Kaki dan tangan bengkak. Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
    Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
    Susah buang air kecil. Kerap buang air kecil.
    Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.

    Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
    Kurangkan makanan masin.Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
    Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

    Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis
    * Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
    Seluruh badan terasa letih.Muka pucat sebam.
    Kaki dan tangan bengkak.Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
    Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
    Susah buang air kecil.

    Buang air kecil lebih lancar.
    Selepas 3 – 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
    Selepas sekurang-kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
    Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
    Kurangkan makanan masin.
    Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
    Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

    Badan Berasid Tinggi
    Badan sentiasa berasa panas
    Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
    Mudah letih dan kurang bersemangat
    Selalu berasa mengantuk.
    Badan menjadi panas.
    Rasa dahaga.
    Air kencing berwarna perang.
    Kerap kentut.

    Hepatitis A, B & C
    Badan lemah. Demam.
    Air kencing berwarna kuning perang.
    Najis berwarna putih. Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
    Muntah. Perut rasa sesak. Kurang selera makan. Sakit-sakit sendi

    Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan.
    Jangan kerja teruk selama dua bulan.
    Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

    Neurosis (Sakit jiwa ringan)
    Selalu rasa bimbang dan was-was.
    Hilang konsentrasi. Menjadi pelupa
    Mudah letih dan kadangkala tangan menggigil.
    Sukar tidur pada waktu malam. Cepat marah
    Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.

    Tenangkan perasaan dan ambil mudah dalam masalah harian
    Jangan banyak merancang dan berfikir . Lakukan senaman ringan dan beriadah

    Insomnia (Sukar tidur malam)
    Insomnia terjadi disebabkan terlalu bimbang
    Neurosis juga menyebabkan insomnia
    Selalu bermimpi sehingga menganggu tidur.
    Peringkat awal tegang kepala

    Tenangkan perasaan sebelum tidur .Jangan paksa tidur.Gunakan teknik bau-bauan(Aromaterapi). Jangan Makan 2 jam sebelum tidur

    Resdung
    Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
    Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
    Kurang deria bau (hidu)
    Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
    Hidung cukup sensitif / alahan.

    Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan.Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.

    Anemia (Kurang darah)
    Selalu pening kepala
    Tangan dan kaki menjadi sejuk
    Muka pucat dan Badan lemah
    Keluar darah dari hidung. Pening kepala
    Permakanan perlu seimbang dan tambahkan makanan berzat

    Mandul
    Rahim tidak subur (sejuk)
    Saluran uterus tersekat atau tersumbat
    Sperma kurang atau lemah (lelaki)
    Keluar banyak darah haid berwarna hitam.

    Jalani ujian pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor

    Psoriasis (Penyakit kulit)
    Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
    Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.

    Tenangkan perasaan. Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
    Selalu bersihkan kawasan persekitanran jangkitan.
    Berjemur dan Kurangkan membasihi tempat jangkitan. Kurangkan pemgambilan makanan laut

    Kaki busuk (Hongkong Foot)
    Disebabkan serangan fungus (kulat)
    Mudah terjadi semula.
    Selalu berlaku perasaan terganggu.
    Terasa gatal-gatal.

    Tenangkan perasaan. Sering tukar sarung kaki.
    Gunakan kasut yang mudah di masuki angin. Sapukan bedak berubat.

    Beguk (Gerondong)
    Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
    Makan banyak dan kerap.Pembengkakan kelenjar liur. Pipi bengkak dan demam.

    Permakanan seimbang. Sapukan Cuka yang telah dicampur nila.

    Sawan (Penyakit Tarik)
    Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
    Menjadi tarik secara tiba-tiba. Kekejangan. Mulut berbuih.

    Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
    Pesakit tidak boleh melakukan tugas-tugas yang merbahaya. Tidak digalakkan membuat aktiviti di kawasan berair dan tempat tinggi . Tenangkan fikiran, jangan tidur lewat. Perlu mengambil ubat dan mengikut nasihat doktor.

    Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa
    Disebabkan badan berasid / beracun, darah kotor, kencing manis

    Kurangkan makanan berjenis daging merah dan
    banyakan makan sayur.

    Luka Dalaman
    Luka dalaman menyebabkan pengaliran darah tersekat
    Jika tidak dirawat, menyebabkan sakit urat saraf, sakit sendi, darah tinggi, sakit buah pinggang.
    Sengal dan sakit di bahagian yang luka
    Rasa panas di bahagian yang sakit
    Kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang.
    Pengambilan jus mengkudu boleh mengurangkan luka dalaman.

    Kurangkan pengambilan makanan yang keras dan lambat hadam.

    Selepas Pembedahan
    Rasa sakit di bahagian yang dibedah.

    Tidak melakukan aktiviti lasak.
    Pengambilan Jus mengkudu dan ikan haruan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.

    Meroyan (Selepas bersalin)
    Disebabkan fungsi badan tidak seimbang selepas bersalin
    Tekanan perasaan.
    Menjadi histeria seperti dirasuk hantu
    Kadang-kadang disebabkan darah nifas tidak habis keluar.
    Mengantuk. Badan rasa sakit. Darah nifas keluar habis-habisan

    Perasaan menjadi tenang selepas dua minggu.
    Keluarga beri perhatian lebih untuk menenangkan perasaan pesakit
    Jangan disangka pesakit dirasuk hantu. Makan makanan berkhasiat.

    Terlalu banyak makan ubat Barat
    Fungsi badan tidak lancar
    Kesan sampingan yang mengancam kesihatan
    Ruam dan bintik merah, mungkin gatal
    Mulut pecah bahagian dalam bibir, gusi, lidah
    Hati menjadi rosak.

    Alkoholik (Ketagih arak)
    Selalu sakit kepala
    Dengutan jantung semakin cepat
    Perut dan dada terasa sesak dan ketat
    Minum arak boleh memusnahkan sel-sel hati dan otak.

    Selsema
    Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamain C

    Sembelit
    Pembuangan air besar yang jarang-jarang
    Najis kering dan keras. Kerap kentot . Rasa sakit bila membuang air besar.

    Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

    Gastrik
    Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut.
    Tekak rasa masam ketika sendawa
    Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit

    Makan pada waktunya. Jangan berlapar.

    Gout
    Sakit berdenyut pada sendi
    Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas
    Sendi menjadi sakit dan terasa panas.

    Kurangkan pengambilan makanan laut.

    Sakit Kuning
    Berasa panas dan demam
    Sengal-sengal badan Badan lebih panas
    Air kencing berwarna keruh.Meloya.

    ::: Source ::: - blog orang Lain