Sunday, January 17, 2010

..Mencari Keberkatan...


Pintu Rindu

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu.

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sultan Kedah (17 Januari 2010)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OFU.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

Nama bulan Islam

  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.

  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari (15 Januari 2010)

huhuhu... Tengah dok best tgk movie 2012 petang jumaat, lepas balik solat Jumaat.. Pukul 3.00 petang.. tetiba teringat about Gerhana Matahari Separa yang telah di Gembar-gemburkan dalam TV semalam... ahaks... best gak kalau dapat tengok...

Terus ku Capai Negatif gambar yang tersimpan dalam kotak lama... Almaklumlah... sekarang kan dah moden Kamera Digital jer....huhuhu

best gak dapat tengok gerhana Matahari nie... bukan selalu tengok kekuasaan Allah S.W.T... Alhamdulillah....
Pelik jugak kan... selalu sangat terjadi gerhana... Apa kah Makna Disebalik Kekuasaan Allah S.W.T ini... Jeng..Jeng..Jeng... Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

Sunday, January 3, 2010

03 JANUARY 2010

Hari nie First day kat sekolah for the session 2010. Agak malu n segan gak sebab ye lah... aku nie just guru contract... but based on feedback yang aku dapat from guru-guru kat situ, membuatkan aku bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa nie... (statement hipokrit)

My Hope for this session, ialah aku dapat menjalankan tugas aku sebagai seorang guru yang terbaik n bertanggung jawab... dan hope satu g... sangat berharap dapat kerja yang tetap dan berpencen... Hope so....

02 JANUARY 2010 - TAKLIMAT GSTT

Huhuhu... hari nie arie sabtu ada taklimat kat SMK Convent, Alor Setar. Semua GSTT di Kota Setar dipanggil sebab perlanjutan Kontrak.. Huhuhu Alhamdulillah..... contract a year.. aku ingat tak la ramai... sekali sampai2 more than 100 GSTT yang berkumpul... huhuhu best gak ramai...

Lebih kurang 30 minit selepas itu... Pegawai PPD datang bagi taklimat dalam 30minit gak la... At last come to the Posting Ceremony huhuhu... iye ke?... macam grand... tapi tak pun... hehehe.

Mula-mula aku n kengkawan tak dapat posting... kecut gak... tapi at last dapat Posting kat SMK Tunku Abdul Malik gak... Alhamdulillah......

Saturday, January 2, 2010

"010110"...... Happy New Year 2010.....



010110... macam bar code rite.. hehehehe tapi nampak cam ada ONG..huhuhu
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberi sinar yang baru dalam kehidupan. Harapan agar dapat melunaskan segala hutang yang terbuku pada tahun yang terdahulu.
Datangnya tahun baru ini, maka makin bertambahlah usia kita. Tahun nie aku 26 tahun. Huhuhu maka tinggal satu tahun lagi for my target... Takut nyer....

LAGU MAAL HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Mekah ke Kota Madinah


Asas keyakinan dan iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta


Islam itu pengorbanan

Islam itu perjuangan

Islam itu persaudaraan

Islam membentuk perpaduan

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


(Masjid Indah di Brunei bandar Seri Begawan)

Perkiraan Tahun hijrah merupakan bilangan tahun yang dikira sejak berlakunya peristiwa penghijrahan Rasulullah S.W.T dari Kota Makkah Al-Mukarramah ke Kota Madinah Al-Munawarrah bersama Kaum Muhajirin dan ansar. Jika dilihat dari sudut peristiwa ini cukup bersejarah kerana Baginda Rasulullah berjaya menyatupadukan dua kaum.