Saturday, July 10, 2010

Turun lah Wahai Kuning.......

What a tension weekend this weekend... Baby aqilah still kat hospital.. Sebab Kuning.. nie dah turun from 281 to 249.... Alhamdulillah.... good improvement...... But she still have to stay under the blue light at nicu...hope by this sunday aqilah dah boleh balik dah.... so that tak risau kami di rumah nie....

Slide Presentation for Hari anugerah Cemerlang still tak siap lagi.... bukan apa malas nak buat sebab almaklumlah... dapat baby baru nie.... mode nak buat keja pun tak der.... terlalu happy..... Tak tau la nie baru anak menakan... tak anak sendiri lagi...... tension gak... esok ahad, dah nak full raptai untuk HAC.... tension.. tension... tension.....

Friday, July 9, 2010

07072010... Welcome to our family Darling....


Aqilah binti Mohd Azamuddin.... dilahirkan pada 12.45 tengah hari....
di Hospital Sultanah Bahiyah...

Tuesday, July 6, 2010

...Malam Hujan Yang Lebat.....

Fuyyooo.... Semalam Hujan Lebat giler.... rasa dah lama tak da hujan sampai tahap tue... siap ngan kilat n guruh lagi.. Aku nie dah la fobia ngan semua tue... mau tue tido selimut dari hujung kaki ke hujung kepala la... tunggu apa lagi..

Alhamdulillah.. dengan hujan nie sejuk skit cuaca pagi nie.. rasa nyaman ja.. Sejuk nie tok sah dok habaq la. Pokok-pokok pun nampak segar ja. maklum la bukan selalu depa dapat merasa hujan yang macam nie. Lama gak hujan semalam. Rasa start pukul 3.30 pg sampai pukul 5.30 pg kot.

Bila bangun pagi, macam biasa la rutin harian ku. mencari sesuap nasi.. huhuhuh... pi kedai cik midah beli nasi lemak kat mak.. Aku tak makan nasi dah la ni... just starting my diet. hehehehe.. try to diet.. insyaAllah kalau boleh... tapi ingat nak bagi boleh gak kali nie... biar sampai tinggal 75 kg.. kali nie...

Ari rabu nie mcm biasa sambung kerja harianku.. ke sekolah mengajar n membuat kerja-kerja sampingan yang agak memenatkan aku... hahahaha.... Tak pa sebab kerja itu suatu ibadat.... Alhamdulillah....

Ari nie memang tersangat busy sebab ari nie saja lapan period masa kelas kena ngajar.. Pastue kena siap kan cover untuk buku program hari anugerah cemerlang nanti. Nak kena siapkan juga buku program untuk hari keusahawanan sekolah. Penat sgt sampai nak makan pun tak dan... Sabar aje lah.... hehehe... ape-ape pun lakukan dengan senyuman dan mulakan dengan Bismillah... :)

"....Selasa Yang Terlalu sibuk...."

...Penat..Tension..Berserabut.. semua ada... Fuhh ari selasa kalau tidak paling best sebab kelas tak banyak masa. Tapi minggu nie lain plak jadi nyer... Sibuk dengan persiapan Hari Anugerah Cemerlang...

Almaklumla bila bab komputer jer semua cikgu bagi tugasan tue kat cikgu komputer. Pada depa tak tau cikgu komputer pun kena mengajar serupa depa gak... Kadang2 mcm nak sound gak kat pihak pengurusan tp sebab aku nie cikgu yang tak tetap macam depa... I think berdiam lagi bagus kot... Sebab i have their recommended to get what i want.

Kena buat kad jemputan, buku program, slide presentation, live telecast for the ceremony, buku program for hari keusahawanan and persembahan untuk hari anugerah cemerlang... Nampak penat kan...... Memang penat... Tetapi kekadang tue best gak kalut2 nie... It's can help me avoid from thinking of anything wasted my time... hahahahaha. Tapi kalau boleh tak mau la sampai pening kalau kalut...

Best 3x 6.45 ptg dah... Yahoooooo!!!!! nak balik dah..... Kesibukan bersambung esok di episod seterusnya..... hehehhe..... Actually Hari Anugerah Cemerlang Pada 12 Julai nie... Sambutan buat grad sebab Raja Muda Nak Datang... Maklum Lah Sekolah Dia... Heheheheh



::....06 Julai 2010 - Selesa-.....:::


Alhamdulillah... Masih diberikan peluang untuk menjalani kehidupan sebagai manusia dan hamba Allah... Fuyyooo jiwang giler... tapi itulah hakikat kehidupan kita. Hidup selagi diberikan mandat oleh Tuhan...

Pagi lagi dah bangun ternanti-nanti khabar gembira sama ada kak aku dah bersalin ka belum. Bukan apa tak sabar nak tengok anak penakan yang kedua selepas baby amirah.. huhuhuhu... Mak cakap doctor induce lagi... Abg azam pun masih berada di hospital..
Ari nie kena p sekolah pukul sepuluh. Nak siapkan kerja yang sudah pasti bertimbun-timbun banyaknya. Maklumlah bila jd cikgu IT nie semua bab komputer kita kena uruskan.. Huh penat.. Dalam hati "Macam Tak Dak Cikgu Lain Dah.." hehehe

Monday, July 5, 2010

Dapat Anak Saudara (Penakan) Pertama on 18 February 2010




Just want to share here.... Baru dapat anak penakan yang pertama pada 18 february 2010. Amirah binti Azhar nama diberi. Penyeri dalam keluarga kami. Dah la Semakin comel n semakin berisi. Rindu kalau tak tengok dia dalam seminggu. huhuhuhu... Baru dapat rasa how people feeling when they get their own niece or nephew. heheheh.... This week akan dapat My Second niece coz due on 05 July 2010...My Third anak penakan may be on november 2010... I am so happy with all this happiness which were gifted from Allah.. Alhamdulillah.... Now... I am really hope and pray for my Fourth anak penakan.... (Abg Pit n Kak Wan InsyaAllah... Ur turn Will come... hehehe hope this month huhuhu i'll pray for u)

Fuyyoo... Lama giler tak update blog nie.... Rindu la jugak...


Agak Lama la juga tak edit AdDyEiN WoRLD nie. Sebab biasa la skang nie asyik berfacebooking jer. Almaklumlah kawan rakan ramai dalam FB tue.... Masih Berkhidmat di SMK Tunku Abdul Malik Lagi... Kekadang bosan gak.. Tapi best dengan kerenah cikgu di sekolah tue... Biasa lah lumrah kehidupan alam perguruan nie ade yang bertukar keluar ada yang bertukar masuk... Tukar pengetua baru.. Pelajar usah ditanya la... tiap-tiap hari ada.... Begitulah kehidupan.... Tidak semuanya kekal....

Sunday, January 17, 2010

..Mencari Keberkatan...


Pintu Rindu

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu.

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sultan Kedah (17 Januari 2010)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OFU.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

Nama bulan Islam

  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.

  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari (15 Januari 2010)

huhuhu... Tengah dok best tgk movie 2012 petang jumaat, lepas balik solat Jumaat.. Pukul 3.00 petang.. tetiba teringat about Gerhana Matahari Separa yang telah di Gembar-gemburkan dalam TV semalam... ahaks... best gak kalau dapat tengok...

Terus ku Capai Negatif gambar yang tersimpan dalam kotak lama... Almaklumlah... sekarang kan dah moden Kamera Digital jer....huhuhu

best gak dapat tengok gerhana Matahari nie... bukan selalu tengok kekuasaan Allah S.W.T... Alhamdulillah....
Pelik jugak kan... selalu sangat terjadi gerhana... Apa kah Makna Disebalik Kekuasaan Allah S.W.T ini... Jeng..Jeng..Jeng... Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

Sunday, January 3, 2010

03 JANUARY 2010

Hari nie First day kat sekolah for the session 2010. Agak malu n segan gak sebab ye lah... aku nie just guru contract... but based on feedback yang aku dapat from guru-guru kat situ, membuatkan aku bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa nie... (statement hipokrit)

My Hope for this session, ialah aku dapat menjalankan tugas aku sebagai seorang guru yang terbaik n bertanggung jawab... dan hope satu g... sangat berharap dapat kerja yang tetap dan berpencen... Hope so....

02 JANUARY 2010 - TAKLIMAT GSTT

Huhuhu... hari nie arie sabtu ada taklimat kat SMK Convent, Alor Setar. Semua GSTT di Kota Setar dipanggil sebab perlanjutan Kontrak.. Huhuhu Alhamdulillah..... contract a year.. aku ingat tak la ramai... sekali sampai2 more than 100 GSTT yang berkumpul... huhuhu best gak ramai...

Lebih kurang 30 minit selepas itu... Pegawai PPD datang bagi taklimat dalam 30minit gak la... At last come to the Posting Ceremony huhuhu... iye ke?... macam grand... tapi tak pun... hehehe.

Mula-mula aku n kengkawan tak dapat posting... kecut gak... tapi at last dapat Posting kat SMK Tunku Abdul Malik gak... Alhamdulillah......

Saturday, January 2, 2010

"010110"...... Happy New Year 2010.....



010110... macam bar code rite.. hehehehe tapi nampak cam ada ONG..huhuhu
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberi sinar yang baru dalam kehidupan. Harapan agar dapat melunaskan segala hutang yang terbuku pada tahun yang terdahulu.
Datangnya tahun baru ini, maka makin bertambahlah usia kita. Tahun nie aku 26 tahun. Huhuhu maka tinggal satu tahun lagi for my target... Takut nyer....

LAGU MAAL HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Mekah ke Kota Madinah


Asas keyakinan dan iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta


Islam itu pengorbanan

Islam itu perjuangan

Islam itu persaudaraan

Islam membentuk perpaduan

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


(Masjid Indah di Brunei bandar Seri Begawan)

Perkiraan Tahun hijrah merupakan bilangan tahun yang dikira sejak berlakunya peristiwa penghijrahan Rasulullah S.W.T dari Kota Makkah Al-Mukarramah ke Kota Madinah Al-Munawarrah bersama Kaum Muhajirin dan ansar. Jika dilihat dari sudut peristiwa ini cukup bersejarah kerana Baginda Rasulullah berjaya menyatupadukan dua kaum.