Setelah selama 1 hari berhempas-pulas menjalankan kursus ICTL dengan mendengar taklimat-taklimat yang amat berguna daripada urusetia. Kami semua dapat keluar berjalan-jalan di sekitar pekan kuah, langkawi. Kami bertolak daripada tempat penginapan kami pada pukul 2.30 petang. Destinasi pertama yang kami tujui ialah Idaman Suri. Di sana kami menghabiskan masa hampir 1 jam 30 minit membeli barangan untuk dibawa pulang.
Apabila selelsai urusan kami di kedai Idaman Suri tersebut, kami bergerak pula menuju ke Kedai Haji Ismail Group. Di kedai Haji Ismail Group ini sememangnya terkenal dengan coklat dan kain batik.di Haji Ismail group kami menghabiskan masa selama 2 jam. Selepas daripada itu, kami menuju ke Dataran Helang untuk bersiar-siar menyaksikan keindahan di Pusat tumpuan utama Langkawi ini.
Akhir sekali, Tepat Jam 6.00 Petang, Kami semua bergerak Menuju ke tempata Penginapan Kami iaitu di Kampung Tok Senik Resort yang sangat Cantik dan Nyaman suasana kampungnya (rujuk http://www.toksenikresort.com/) untuk menyiapkan diri bagi menghadiri taklimat yang seterusnya pada pukul 8.30 malam.