Thursday, May 19, 2011

On The Floor [ Jennifer Lopez Ft. Pitbull ] 2011



Memang Lama Dah Dok Cari Rentak Lagu Lambada Nie
... Thanks JLo ...

Anak Saudara Dah Semakin Membesar

Alhamdulillah ... Semakin hari semakin besar dan semakin comel kesemua anak-anak saudara Addyien . Alhamdulillah dengan semua Nikmat Kesihatan yang dikurniakan...

Amirah Binti Azhar
1 Tahun 3 Bulan [ 18 Februari 2010 ]

A'qilah binti Mohd Azamuddin10 bulan [ 07 Julai 2010 ]

Rais Sidqi bin Roshidan5 Bulan [ 13 Disember 2010 ]



Misi Mencari Susu Nesvita Omega Plus

Penat Gak Lah Dalam Misi Pencari Susu Nesvita Omega Plus nie . Dah Hampir Sebulan Addyien mencari Susu nie. Bukan Apa, susu nie memang terbaik lah. Sebab boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah.

Pada Mula nya memang hanya membeli susu nie untuk mak saja. Sendiri tak pernah kata nak minum. Bukan apa, Suka minum susu tapi tak berminat sangat. Cuma Selalu dok amalkan minum susu hi-goat keluaran HR. Memang Bagus untuk pengidap penyakit gastrik. Sebab Dalam Islam Sendiri telah diberitahu kebaikan susu kambing nie. Susu kedua selepas susu ibu. Nabi Kita Muhammad S.A.W pun gemar minum susu kambing.

Cuma yang mula makan susu Nesvita Omega Plus nie sebab nak diet. Sebab End of march 2011 doctor detect tekanan darah naik skit. But It was Border tak lah tinggi sangat. Tapi Doctor suruh diet sebab dia kata muda g buat pa nak makan ubat. Lepas try minum susu nie and doing diet2 yang lain Alhamdulillah dalam sebulan Tekanan Darah Back to Normal even better than before.

But now, the problem is ... Dah merata dok mencari susu nie... Till now tak jumpa dari setiap pasaraya hingga ke kedai2 runcit sekitar Alor Setar nie tidak juga di ketemui ... Napa Ek ? ke Diorang nak naikkan harga ? ....

Wednesday, May 4, 2011

" The Deep End Of The Ocean"


Malam Nie tgk movie kat TV 2 ... So Touching This Movie
Sampai Ada Sesekali Mengalirkan Airmata
Mengisahkan Kehilangan Anak yang berusia 3 tahun (Ben)
Penderitaan Yang Dialami Oleh Ibu Dan Bapa nya Sangat Menyedihkan
Akhirnya berselang 9 tahun ketika Ben Berusia 12 Tahun Dia Ditemui Dan Di Jaga oleh Pasangan Lain yang Menjaganya Dengan Penuh Kasih Sayang

Actually Movie Mat Saleh Nie memang The best lah !!!!
Value Of Acting diorang Memang Superb !!!!
Malaysian Pun Ok ... But Tidak Sampai Tahap Diorang Lagi
SYABAS Michelle Pfeiffer

: : Royal Wedding : :


HRH Prince William And Kate Middleton On 29th April 2011 (King and Queen To Be)
Such a Wonderful Wedding ... Tunggu depan TV start dari mula Sampai Habis ... Dasyat Gak
Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat
Masih lagi Terbayang2 Wajah Princess Diana Ketika Perkahwinannya pada 29th July 1981
... Princess Diana Still Paling Cantik ...

... Welcome Back ...

Dah lebih dua buulan menyepi dari dunia Blog nie ... Bukan Apa ... It's Too Buzy with all the things yang entah apa2 pun tak tau ... Banyak Hal-hal family yang terpaksa di lakukan ... Selama 2 bulan nie ... asyik travel jer ... hahahaha ... tak da la jauh sangat pun ... KULIM ---> LUNAS ---> IPOH ... Dua Bulan full dengan aktiviti ziarah-menziarahi ... Kakak Kat Ipoh Pindah masuk Rumah Baru ... Kakak Yang Kat Lunas Anak (A'qilah) Masuk Ward Kat Hospital Kulim ... Demam yang tinggi ...But Alhamdulillah dah ok ... n kembali aktif ... Kakak yang kat Lunas Husband dia kena p ke Sabah ... So Me n my mother kena p teman... hahahaha ... Sibuk n malas gak so ... tak sempat la nak menjengah di Blog nie ....

Wednesday, February 2, 2011

[ Kebosanan Yang Melampau ]

Tahun 2011 ... Aku Secara Rasminya Menjadi Penganggur ... Kehidupan sehari-hari sangat Membosankan Bukan Sebab duit tapi Tak Tau Nak wat apa ... Dari Pagi Hingga Petang Tak tau Nak wat apa ... Dok Kat Umah ... Keluar jumpa kawan ... Pi Shopping ... Tue ja yang Rutin Harian ... Penat ...

Saturday, January 22, 2011

Thursday, January 20, 2011

[ Suasana Malam Di Alor Setar ]

Balai Nobat Kedah

Menara Alor Setar

Hiasan Lampu Seperti Di I City Shah Alam

Pintu Gerbang Ke Galeri Sultan Abdul Halim

Batu Tanda Mahkamah Tinggi Alor Setar

Suasana Malam Di Hadapan Menara Alor Setar

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah
:: Dirgahayu Tuanku ::

: : : Source ~ Kurt Ammet : : :

[ Selsema ]

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng’klik’ di sini).

Tanda

Rawatan

Sakit tekak Ambil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.
Hidung berair / bersin / gatal Ambil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.
Hidung tersumbat Anda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif).

Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

Batuk Ambil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.
Kahak Ambil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.
Demam Ambil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan

Beberapa langkah boleh anda lakukan untuk mengawal dan mencegah selsema :

  • Selalu basuh tangan anda. Ini kerana virus selsema boleh membiak melalui sentuhan.
  • Jauhkan dari orang yang kena selsema, terutamanya bila dia batuk atau bersin.
  • Jauhkan diri dari tempat yang sesak.
  • Orang yang mempunyai sistem imune (immune system) yang kuat, kurang dijangkiti selsema. Sila lihat di bawah.

Pemakanan yang baik untuk diambil semasa selsema, atau untuk menguatkan immune system anda ialah :

  • vitamin C 1,000mg sehingga 3,000mg sehari.
  • vitamin A. Dos yang tinggi sehingga 50,000 iu boleh diambil tetapi tidak boleh diambil untuk jangkamasa panjang. Untuk jangkamasa panjang, ambil beta-carotene. Beta-carotene akan ditukar kepada vitamin A bila badan anda memerlukannya dan ia tidak merbahaya sekiranya melebihi dos.
  • B6 dan B kompleks.
  • zinc dan zat besi (iron).
  • herba echinacea.
  • bawang putih (garlic).
  • fatty acid seperti yang terdapat dalam cod liver oil.
  • cider vineger.

Anda harus mengurangkan pengambilan :

  • susu atau makanan dairy yang lain
  • pisang
  • gula
  • kafein

Bayi dan kanak-kanak

Immune system bayi dan kanak-kanak agak lemah berbanding orang dewasa. Oleh itu mereka lebih kerap mendapat selsema.

Sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami hidung tersumbat, anda boleh cuba menyedutnya keluar menggunakan alat nasal aspirator yang dijual di farmasi. Sekiranya hingusnya agak pekat, cairkannya menggunakan air suam yang dicampur sedikit garam.

Bayi yang lebih kecil hendaklah ditidurkan meniarap. Ini membolehkan pengaliran hingus yang lebih baik.

Akibat-akibat lain dari selsema

Selsema yang agak lama boleh menyebabkan kesan-kesan yang agak serius. Antara penyakit yang boleh dihidapi ialah bronchitis, layngitis, otitis media (berlaku jangkitan dalam telinga), sinusitis. Selalunya terdapat jangkitan kuman (bakteria), dan ini memerlukan pengambilan anti-biotik. Selain daripada itu, pesakit asma mungkin akan merasa lebih teruk.

Sila dapatkan rawatan lanjut sekiranya :

  • anda mengalami kesukaran bernafas.
  • demam yang kuat dan melebihi daripada seminggu.
  • sakit telinga.
  • sakit kepala yang kuat.
  • lymph nodes (contohnya di bahagian leher) membengkak.

Flu

Selsema adalah berbeza daripada influenza (flu). Flu adalah lebih merbahaya dan cara rawatannya adalah berlainan. Di samping rawatan, anda juga boleh mendapatkan imunisasi terhadap flu.

Sakit kepala dan badan yang lebih kuat dan batuk yang lebih teruk mungkin tanda-tanda flu. Tanda-tanda seperti hidung berair, hidung tersumbat dan sakit tekak lebih jarang terjadi jika dijangkiti flu berbanding selsema. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda membuat rawatan lanjut sekiranya anda mengsyaki anda dijangkiti flu.

: : : Source ~ Intro2u : : :

[ Sakit Tekak ]

Pengenalan

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.

Agen Penyebab

Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.

Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:

  • Hingus meleleh

  • Gatal dan sakit tekak

  • Batuk

  • Rasa sesak

  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan

  • Kerap bersin

  • Mata berair.

  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi

  • Kepenatan


  • Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
  • Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)

  • Gejala
    Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

    Tanda
    Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.

    Komplikasi

    Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.

    Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.

    Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.

    Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.

    Rawatan

      Perawatan sakit tekak termasuklah:

      Rawatan berdasarkan gejala.

      Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.

      1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

      2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.

      3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

      4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

      Terapi Antibiotik

      Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.

      Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.

      Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy

      Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.

      Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.


      : : : Source ~ Portal MyHEALTH : : :

    Wednesday, January 19, 2011

    [ Sakit Tekak dan Selsema ]

    Huhuhu ... Tak Pasal2 duit melayang ari nie sebab sakit tekak dan selsema ... Aduh Penat gak sakit tekak nie rasa cam tak leh nak duduk ... Baru satu malam tidur pakai air-cond terus demam nampak sangat la aku nie tak leh pakai air-cond ... hahaha ...

    [ Siti Nurhaliza - Persembahan AJL 25 ]



    :: Balqis ... Nirmala ... Cindai ::
    :: Source ~ Youtube ::

    [ Delima dan Markisa - Cerahkan Kulit ]


    Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, BUAH DELIMA telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.

    Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.

    Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat.

    Anti oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas.

    Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.

    Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

    Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).

    Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.

    Sementara itu, BUAH MARKISA mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

    Pengurus Pemasaran Sothys, Joanne Teo berkata, pada masa ini pengguna mahukan rawatan mencerah yang memberikan kesan serta-merta namun selamat, berbaloi dengan harga yang dibayar, tidak mendatangkan kemudaratan dan boleh dilakukan sekerap mungkin bergantung kepada keperluan kulit.

    : : : Source - Utusan Malaysia Online : : :

    Tuesday, January 18, 2011

    ... 4 Golongan Lelaki Ke Neraka ...

    Pertama:- 'Ayahnya'

    Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.

    Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


    Kedua:- 'Suaminya'

    Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

    Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


    Ketiga:- 'Abang-abangnya'

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya..

    jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


    Keempat:-' Anak Lelakinya'

    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,

    maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

    : : : Source - Internet : : :

    ... Berat Tanggungjawab Seorang Lelaki. Sama-sama lah kita Menjaga Amanah Yang Telah Dipertanggungjawabkan Kepada Kita ...